KEPENTINGAN

APAKAH KEPENTINGAN SUKAN DAN PERPADUAN DAN MENGAPA KEDUA-DUA SALING  BERKIAT RAPAT ?



Sukan dapat memupuk persahabatan dan perpaduan dalam kalangan rakyat di sesebuah negara dan seterusnya melahirkan masyarakat yang bersatu padu serta negara yang makmur. Hal ini demikian kerana, apabila sesuatu jenis sukan diwakili oleh peserta daripada pelbagai kaum, mereka sudah tentu akan bekerjasama dan saling membantu untuk mencapai satu matlamat, iaitu kejayaan. Semasa berada dalam satu kumpulan, akan timbulnya perasaan kekitaan atau espirit de corp dalam kalangan mereka.

Penubuhan Majlis sukan Sekolah- Sekolah Malaysia (MSSM)

Di samping itu semangat satu pasukan akan lebih membara jika kita bermesra antara pemain dengan pemain. Bak kata pepatah, 'bersatu kita teguh bercerai kita roboh'. Hal ini juga penting untuk mewujudkan perpaduan antara kaum di negara kita. Selain itu, penonton juga akan merasai perpaduan antara satu sama lain kerana mereka  menyokong pasukan yang sama dan saling merasakan kehangatan debaran ketika menunggu keputusan kemenangan. Nilai perpaduan ini menjadi landasan untuk rakyat membangunkan lagi negara.

Penyokong yang berbilang kaum.

Hal ini juga terdapatnya pergaulan antara pelbagai kaum dan bangsa ketika bersukan. Sebagai contoh, pemain badminton negara iaitu Dato' Lee Chong Wei yang berbangsa Cina itu mampu berkerjasama dan mendengar nasihat dengan baik ketika berlatih bersama jurulatihnya iaitu Datuk Misbun Sidek. Di sini jelaslah bahawa walaupun di dalam sukan, perpaduan antara kaum itu wujud.


Ketua jurulatih perseorangan lelaki, Datuk Misbun Sidek

Selain itu, seperti yang kita boleh lihat ialah kumpulan pemain bola JDT terdiri daripada pelbagai kaum dan bangsa. Walaupun mereka berlainan negara dengan kita, mereka masih dapat mewujudkan perpaduan tanpa mewujudkan sebarang perbezaan kaum dan negara.Dan lebih ironiknya, apabila terdapatnya perlawanan bola, semua kaum dan bangsa akan bersatu hati dalam memberikan sokongan padu kepada pasukan bola kegemaran mereka.Sudah terang lagi bersuluh bahawa perpaduan ini ialah tunjang kepada keharmonian negara. Suasana dan detik-detik sebegini dapat mewujudkan perpaduan tanpa kita sedari.


No comments:

Post a Comment

SUKAN DAN PERADABAN

MPU 21032 – PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN TAJUK :  SUKAN DAN PERPADUAN NAMA AHLI : MOHAMAD FAZRUL AMRI BIN FAUZI (04DAD21F1052) AHMAD FAHI...